Friday, April 22, 2016

Tradisi Memberi

Saya sharekan apa itu TRADISI MEMBERI

Teks : hayatiabdmohid


Ianya terbahagi kepada 4 perkara :-

1- Solat
Islam itu sendiri ertinya selamat dan memberi keselamatan.
Dalam rukun iman dan rukun islam terpancar anjuran memberi
itu secara langsung dan tidak langsung. Dalam bacaan solat misalnya, kita diajar,dilatih dan didisplinkan untuk memberi pujian kepada Allah, berselawat kepada Rasulullah, memberi salam kepada malaikat dan mendoakan orang Islam yang lain.

2-Puasa
Begitu juga dengan syariat puasa. Antara hikmahnya agar merasai kesusahan orang miskin dan dengan itu kita terdorong untuk memberi bantuan kepada mereka. Di bulan Ramadan, kita dianjurkan untuk bersedekah, memberi makanan untuk orang berbuka puasa.

3-Korban dan Akikah
Begitu juga dengan alaman korban, akikah dan menjamu orang miskin –semuanya berasaskan sikap memberi. Apabila ada pelanggaran hukum ataupun kesalahan dalam melaksanakan sesuatu ibadah, kita juga dianjurkan untuk memberi, misalnya kewajipan membayar DAM, Kafarah dan diat.

4-Adap Pergaulan
Dalam adap pergaulan kita digalakkan memberi salam sebaik sahaja bertemu dengan saudara sesama islam. Memberi salam bererti kita ‘memberi doa’ demi kesejahteraan saudara kita. Jadikan bila kita mengucapkan salam kepada rakan-rakan Facebook bermakna kita mendoakan kesejahteraan mereka selalu.


No comments:

Post a Comment