Saturday, April 9, 2016

Tips Ringkas Lawatan Diusia 6 Tahun

Tips Ringkas Lawatan Diusia 6 Tahun

Teks : hayatiabdmohid

1. Terima surat tawaran dari sekolah dahulu. Setelah fahami dengan arahan yang dinyatakan dalam surat terus buat senarai kelengkapan yang diperlukan.

2. Sediakan senarai barang kepada 2 bahagian iaitu barang yang sedia ada dan barang yang perlu dibeli. Selalunya antara barang yang sedia ada seperti baju sekolah, tudung sekolah, baju sejuk, ubat gigi, berus gigi, selipar basah, cecair mandian, kasut sekolah dan tuala kecil. Manakala bagi barang yang perlu dibeli adalah makanan ringan seperti roti, muffin, gula-gula, air kotak dan lain-lain.

3. Langkah untuk disusun di dalam beg. Makanan perlu disusun di dalam 'zipper storage bag'.Ini kerana, dihadapan beg plastik terdapat 2 kategori iaitu tarikh dan penerangan. Jadi dibahagian tarikh kita tukar kepada nama si anak manakala di bahagian penerangan letakkan nombor telefon ibu, ayah dan cikgu. Ini langkah keselamatan sekiranya berlaku kecemasan anak tersebut tidak panik untuk bertindak.

4. Lampin pakaian buang, baju, seluar dan plastik perlu disediakan. Barang kecemasan amat diperlukan sebab di usia 6tahun perjalanan jauh adalah satu pengalaman baru bagi mereka untuk belajar berdikari sebelum melangkah ke alam persekolahan.

5. Akhir sekali pesanan dan nasihat perlu diberikan untuk si anak kecil. Bagi memudahkan si kecik ingat berhati-hati perlu ada di dalam diri mereka bila tiada ibubapa diwaktu itu.


Diarisurirumahtangga
HayatiAbdMohid






No comments:

Post a Comment