Friday, April 22, 2016

Smart Shopper Belanja Bijak Surirumahtangga

Smart Shopper Belanja Bijak Surirumahtangga

Teks : hayatiabdmohid



Tidak semua tempat mendapat katalog dari pasaraya di Malaysia ini. Antara pasaraya adalah TESCO, GIANT, Econsave, Billion, Aeon, Aeon Big, Cold Stroge, Mydin, My Mydin, Kedai 1 Malaysia, The Store dan Pasific. Bila kita dapat katalog ia mudahkan kita sebagai surirumahtangga membuat belajawan dengan bijak. Pemilihan barang dan harga dapat dibuat perbandingan, jadi sistem menyimpan boleh diwujudkan. Dalam masa yang sama, surirumahtangga menjimatkan masa dalam menyiapkan serta membeli barang keperluan harian dapat dikawal dengan begitu sistematik.

Tetapi kalau di kawasan bandar yang besar jarang sekali katalog ini diedarkan di setiap pintu rumah kita. Betul ke kawan? Sekiranya kita mahukan katalog tersebut kita perlu menghabiskan masa keluar rumah untuk ke pusat pasaraya tersebut dan mengambilnya di ruang masuk 'supermarket'.Apabila terjadi begitu mulalah barang yang sepatutnya dibeli akan bertukar menjadi barang lain. Bajet kita untuk barang tersebut akan bertukar kepada keperluan lain kerana bila dilihat katalog banyak barang yang murah sahaja mahu dibeli.

Jadi langkah yang bijak pada masa kini dengan kecanggihan setiap orang mempunyai SmartPhone dan Data Mobile kita perlu gunakan dengan sebaiknya Play Store. Kaedah yang baik kita perlu 'Download Smart Shopper Malaysia'. Di dalam memang terdapat banyak kebaikkan seperti kenalpasti bila diskaun dibuat, pasaraya mana membuat penurunan harga, perbezaan harga barang di setiap pasaraya terbesar di Malaysia, perbandingan harga paling minimum hingga ke maksimum
dan lain-lain lagi.

Nanti saya akan kongsikan cara download katalog di semua pasaraya yang terkenal di Malaysia.

Diarisurirumahtangga
hayatiabdmohid


No comments:

Post a Comment