Monday, April 25, 2016

Scammer Datang Rumah Hadiah Mewah

Scammer Datang Rumah Hadiah Mewah

Teks :hayatiabdmohid


Kisah benar terjadi pada tarikh 19 April 2016

Saya ingin kongsikan  pengalaman  yang pernah saya alami sehingga mendapat perasaan dan kemurungan seketika.
Pengajaran ini sesuai bagi kaum hawa yang baru dan lama menjenak dalam dunia perniagaan.
Kisah ini bermula pada saat keseronok apabila  menerima sahabat kenalan baru di dalam Facebook. Tiba-tiba ada seorang insan yang bernama Yusof Bin Sulaiman telah private message kepada saya..


Mereka akan menyamar sebagai kenalan daripada luar negara yang kononnya ingin “kembali” ke Malaysia. Malah saya pun dah dapat mesej daripada mereka ini.




Mereka ini memang pandai menggunakan ayat-ayatt yang begitu lembut dan sopan. Yang menjadi syukur kerana di awal perbualan saya sudah memberitahu saya sudah berkahwin. Jadi si penipu ini tidak dapat mengayat bunga-bunga pada kita. Mereka seorang licik, kata-kata yang digunakan akan di ‘translet’ kepada Bahasa Melayu. Kata-kata yang diucapkan:-

Saya asal orang Kanada tetapi I hidup di England. I anak tunggal dan berminat 

dengan awak Allah membawa kami bersama. Saya Senior Chemical Analyst dengan 

Caltex Oil Company UK. Bolehkah kami berkenal-kenalan disayangi ya’.





Selepas itu ayat seterusnya

Apa yang anda tahu tentang Negara saya Kanada. Jawapan saya tidak. Penipu memberi jawapan …..
Kami sayangkan orang orang Kanada dan menjaga perpaduan. Kami menunjukkan penghargaan dan kami percaya ia membawa umur panjang dan friendship. You kekal telah menyentuh jantung saya begitu juga saya menunjukkan anda penghargaan.
Terus dia meminta saya alamat dan nombor telefon untuk memberi hadiah sebagai tanda penghargaan.Kononnya
Sebenarnya diri ini sudah terdetik memang sudah ada penipuan. Jadi saya ‘SEARCH di Mr GOOGLE’ mencari maklumat  yang diberi seperti budaya kehidupan orang Kanada dan tempat kerja penipu tersebut.
Dalam leka, terpangkap saya dengan tipu helah beliau. Saya telah terbagi alamat rumah dan nombor telefon. Tepat jam 7.30 malam saya telah mendapat 1 SMS dari nombor Malaysia yang menyatakan barang akan sampi..

Bab penghantaran pulak



Cara mereka semua hendak cepat sahaja. Sekiranya lambat barang tersebut akan berlaku kesusahan. Entahlah kenapa saya macam kena guna-guna aje ...ikut sahaja arahan mereka. Pada masa itu, diri ini tidak tahu apa barang yang ingin dikirimkan. Jadi layankan sahaja tanpa memikirkan kesan buruk akan berlaku, terus saya bagi gambar kad pengenalan saya kepada si penipu. Terdetik lagi tanda tanya kenapa aku bodoh bagi dia sedangkan dah nampak duduk di England mengapa boleh guna nombor Malaysia untuk memberitahu maklumat penghantaran. Lagi satu dia suruh saya 'send ic' melalui pm Encik Yusoff sedangkan saya tahu yang si penipu itu tidak ada di talian katanya dia akan bekerja dipelantar minyak bermula dari petang tadi sehingga 28 Jun 2016.
Aduh terasa diri ini bodoh...semalam tidak dapat tidur memikirkan barang yang akan sampai pada hari Selasa. Malam juga saya berbincangan dengan suami yang saya ada terbuat silap besar. Kemarahan beliau sungguh menangkutkan. Malam itu, jam 3.00pagi saya sms kepada dua-dua yang saya mahukan pembatalan penghantaran barangan tersebut. Keputusan yang diperolehi dari SMS tersebut sungguh mengecewakan .....katanya jika tidak mahu barang tersebut takpa tetapi bila sampai hari Selasa ganti rugi sebanyak RM7,400.00 perlu dibayar pada masa tersebut.

Apa lagi fikiran saya lagi pening, jadi saya tengok facebook pm si penipu tersebut hidup sahaja. Apa lagi saya minta si penipu batalkan..dia kata tak apa ambik sahaja kerana di dalam kiriman tersebut dia ada meletakkan sampul rahsia...
SAMPUL RAHSIA....aaah lagilah saya terkejut. Dia kata dalam sampul tersebut ada wang bernilai 12,000pound bersamaan RM796,000....terasa jantung ini nak jatuh sahaja...nilai tersebut seolah-olah saya boleh beli sebuah rumah teres dua tingkat dia area Kuala Lumpur. Memang pandai mereka pusing cerita dan memikat guna wang tersebut. 


Kemudian dia berkata sekiranya tidak mahu barang tersebut tidak apa...yang penting awak simpankan wang tersebut..aduh lagi masalah...Bermacam alasan saya berikan tetapi mudah sahaja ayat dari dia


Saya akan ditukarkan ke Malaysia pada 28 Jun 2016..
Jadi apabila saya sampai di Malaysia, saya akan cari puan
Nanti saya bagi upah RM56,000 sebagai tanda menjaga 
wang saya....


Mahu tak takut 2 bulan saya nak simpan wang begitu banyak. Bincang-bincang dengan suami takpa kita ikutkan dulu yang penting saya jangan sesekali bagi nombor akaun.

Sampai sahaja hari yang dinanti debaran dan ketakutan sangat terasa...tetapi kami sebelum itu, laporan polis sudah dilakukan...ada rasa kurang di dalam diri ini. Jadi langkah berjaga-jaga saya dan suami sudah aturkan mengikut pelan yang direka oleh kami berdua.

Tepat jam 9 tiada respon dari si penghantar...
Jam 9.30 satu panggilan dari warga malaysia berbangsa cina seorang perempuan telah menelefon.
Telefon saya sudah diberi kepada suami...jadi perbualan tersebut suami yang uruskan saya hanya standby di rumah sekiranya berlaku kecurigaan no telefon polis gerakan manjung saya pegang.

" Wanita cina berkata barang u sudah tersangkut di Dubai. Jika u perlukan barang tersebut sila 

Bank-inkan ke akaun sebanyak RM7,400.00. Jika tidak lakukan maklumat no kad pengenalan isteri 

puan akan dihantar ke polis dubai atas kesalahan mengelurkan duit haram".

Suami saya sahaja layankan dengan meminta nombor akaun bank mereka...Nurjani Binti Abdul Rsid Account Cimb - 7060876967

Suami sms done...Dalam beberapa minit kemudian dia telefon mengatakan tiada dalam akaun bank tersebut..

Jadi suami saya terus BOOM ,,,BOOM kan dia dengan mengatakan u menipu...

Terus dia membalas SMS ..

You are an idiot. Babi sial...Si penipu terus block saya sebagai "unfriend"



Pengajaran yang terlalu banyak saya pelajari dari kisah di atas.....Saya berharap kaum hawa diluar sana tolong berhati-hati dengan ayat yang digelar orang kulit hitam ini...
tidak tahu sampai bila operasi ini akan dijalankan...untuk menangkap mereka bukanlah mudah.



No comments:

Post a Comment