Monday, April 4, 2016

Perubahan Kehidupan Dahulu Bekerja Kini Surirumahtangga

Perubahan kehidupan dahulu bekerja kini Surirumahtangga

Teks : hayatiabdmohid


Pada ketika dahulu, setelah habis pengajian pendidikan di Politeknik Ungku Omar saya telah berjaya mendapat tawaran bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan. Disitu saya dapat mencari pengalaman bekerja yang begitu menyeronokkan. Hampir setiap 6 bulan tahun pertama, saya akan ditukarkan pelbagai unit. Kebanyakkan unit yang dipindahkan memang mencabar maklumlah semuanya berkait hubungan dengan pelanggan. Dari mula bekerja hingga ke petang panggilan telefon mesti dilaksanakan dan secara rawak 50orang pelanggan perlu dibuat panggilan memastikan mahukan sambung perkhidmatan internet atau tidak. Akhirnya setelah hampir setahun saya ditukarkan ke uni kewangan bidang pekerja yang sepatutnya saya diletakkan. Bila duduk diunit kewangan sistem kerja memang begitu ketat untuk mengejar tarikh penutupan akaun setiap hujung bulan. Ruang dan masa untuk bersembang memang sangat susah hanya waktu rehat sahaja masa kami bersembang.

Setelah hampir 5tahun rezeki menyebelahi saya mendapat jawatan tetap di Perbadanan Produktiviti Malaysia( MPC) sebagai Penolong Akauntan. Disitu, pengalaman baru membuat akaun mengikut sistem piawaian kerajaan. Seronoknya pengalaman diMPC dari bujang hingga saya digelar Puan dan sempat melahirkan cahaya mata syurga masih dapat mencari rezeki disitu.
Setiap pagi jam 5.30pagi, saya mesti bangun awal siapkan anak yang sedang tidur menukarkan napkin dan susu. Setelah selesai saya pula akan menyiapkan diri untuk pergi kerja menaiki komuter. Kalau tidak mungkin punch card akan merah. Maklumlah kehidupan di Kuala Lumpur memnag sangat mencabar dari segi waktu dan ekonomi hidup. Itulah kehidupan saya hari-hari di waktu pagi bila waktu petang pula susah nak jangka waktu sampai dirumah. Kadang-kadang sampai lewat malam baru sampai rumah maklumlah kerja perlu disetiap mengikut masa dan tempoh ditetapkan kalau tidak tiada penutupan akauan dapat ditutup. Itula dunia bekerja di dalam bidang perakuanan yang sungguh mencabar minda dan emosi.

Oleh kerana anak sudah pandai bertanya di mana "ABAH KITA NAPE JARANG ADA DIRUMAH" saya telah nekad untuk berhenti kerja. Keputusan yang diambil memang begitu berat tetapi sayangkan anak dan suami jadi berhenti kerja jalan yang terbaik. Saya teringat motivasi dari seorang ustaz berhijrah ke jalan yang baik insyahallah ada rezeki ditempat kita tinggal nanti.

Bermula perubahan kehidupan saya menjadi bekerja selama ini menjadi surirumahtangga sepenuh masa. Perubahan masa dan cara hidup memang banyak mengajar saya erti kesabaran dalam erti membina rumahtangga yang bahagia dan menyeronokkan

No comments:

Post a Comment