Tuesday, April 19, 2016

Pengalaman Melawat Kaum Wanita Berniaga Di Indonesia Dan Vietnam

Pengalaman Melawat Kaum Wanita Berniaga Di Indonesia Dan Vietnam

Teks : hayatiabdmohid


Wanita merupakan golongan yang hebat dalam perniagaan pada zaman teleknologi kini. Boleh dikatakan banyak wanita hebat telah bekerja dalam perniagaan. Bukan kita nafikan golongan lelaki tidak hebat..cuma kehebatan golongan lelaki dibidang seperti koporat, kepimpinan, dan lain-lain. 

Pada beberapa tahun yang lepas, saya telah membuat beberapa lawatan dua negara Asia iaitu Indonesia dan Vietnam. Dua negara yang sangat berbeza dalam dunia politik mereka. Lokasi pertama saya jelajah daerah Surabaya, Bandung, Medan dan Jakarta. Daerah Surabaya, Bandung dan Jakarta adalah bandar yang besar serta mereka kebanyakkan dari golongan bangsawan. Taraf hidup mereka tinggi dan cara perniagaan mereka lebih moden. Kebanyakkan golongan wanita bekerja di butik pakaian muslimah, gedung pakaian jenama UK, Restoran makanan sesuai untuk pelancong luar datang dan lain-lain. Tetapi ada segelintir wanita yang minat berniaga sendiri, mereka lebih cenderung dalam dunia fesyen, telekung, langsir dan barang hiasan wanita. Perbezaan dengan Malaysia adalah mereka mempunyai penduduk yang ramai jadi golongan wanita kebanyakkanya berani walaupun sekali pandang macam orang Malaysia. Kenderaan mereka gunakan lebih kepada motosikal. Selain itu, kemahiran dalam seni menyulam, menjahit langsir dan melukis kain batik membuatkan mereka boleh membuat perniagaan sehingga peringkat antarabangsa.
Bagi daerah Medan pula merupakan penduduk yang sedikit...kehebatan mereka terletak menjual di tepi jalan dan kedai kecil di kawasan rumah mereka.





Golongan wanita Vietnam lebih sukakan berniaga secara kelompok dan menjual secara borong. Perniagaan terlalu 'close' dengan warga dia sendiri, jadi kita pelancong susah sikit untuk membeli barang secara borong digudang mereka. Tetapi wanita golongan miskin pula, mereka berniaga melalui menjaja disekitar luar hotel, pasaraya, tempat pelancongan dan restoran besar. Manakala golongan sederhana mereka suka berniaga seperti di pasar malam. Komunikasi dengan mereka sangat susah berbanding dengan warga Indonesia. Kemeriahan yang saya suka tengok iaitu penjaja makanan segar begitu senang diperolehi dan murah. Mungkin mereka kaya dengan hasil tanaman sendiri dan hasil tersebut bukan untuk dimakan tetapi membantu mereka menambahkan hasil pendapatan.

Jadi dunia perniagaan untuk golongan wanita memang wujud di semua negara cuma cara, budaya, keperluan hidup dan ekonomi yang membuatkan golongan ini aktif dalam mencari tambahan pendapatan.





No comments:

Post a Comment