Tuesday, September 14, 2021

Hidupkan diri cintai alam semulajadi

Teks: Hayatiabdmohid

Sepanjang usia kami duduk di rumah TNB selama 8 tahun bermacam perkara saya belajar

Proses pembelajaran banyak diterokai.. maklumlah sebelum ini hanya menjadi separuh masa sahaja bersama-sama dengan anak-anak. Tetapi bila berhenti kerja 100% kita tengok anak membesar depan mata kita sendiri.

Alhamdulillah dan syukur..sejak 5tahun yang lepas diri ini sudah boleh menyesuaikan diri dengar norma baru sebagai surirumah. Kalau tidak perasaan macam kita bekerja selama ini teringat-ingat di dalam minda..lagi-lagi bila situasi anak demam lebih dari 3 hari apa alasan saya nak sampaikan pada Boss..kena marah memang tak cakaplah

Alhamdulillah sekarang

Bila sedikit sebanyak move on..rupanya seronok lagi sekarang

Dulu tak suka pegang tanah dan menanam pokok..sekarang jadi suka sangat menanam

Paling seronok bila pokok pisang yang dari kajang hampir 3kali kami dapat merasai nikmat buahnya

Sekarang Aisyah berusia 7tahun 

Pembelajaran banyak melalui PDPR

Jadi saya ada masa melihat sendiri perkembangan Aisyah di tahap mana.

Sebelum ini ada pernah saya ceritakan tentang Aisyah kerap menangis bila sampai ke pagar tadika dan sekolah.

Alhamdulillah PDPR ini kami sebagai ibubapa jumpa puncanya.

Sejak bila tahu puncanya, saya sebagai ibu kena cari bahan dan cara yang lebih menarik supaya dia minat untuk belajar.

Hari ini mengajar dia belajar subjek sains berkaitan dengan tumbuhan seperti jenis urat daun, jenis akar, nama sains/bahasa inggeris , berbuah atau tidak, ulam atau tidak, cara tanam pokok melalui apa biji atau semai benih.

Banyak yang dia belajar..

Syukur masa yang ada ini berpeluang mengajar mereka adik-beradik ilmu alam semulajadi 


#sayasayangdirisaya 

#sayagunasayakongsi 

#manjungoillife 

#atiesmilecollection












Saturday, September 4, 2021

Bacaan Tahlil Doa Selamat -Googlemeet



Alhamdulillah diizinkan oleh Allah swt 

selesai pertama kali berkumpul secara google meet membuat bacaan yaasin dan tahlil dipimpin oleh Adik Ipar kami Ustaz Azhar 

Semua berjalan lancar seperti dijanjikan


Gambar simpan sini untuk dijadikan memory 2021 


Terima kasih semua macam-macam aksi anak buah..mak lang..ada rezeki berkumpul bersama lagi secara real life

Friday, March 5, 2021

Sunday, February 14, 2021

Syukur dan Redha

 Syukur dan redha

Masih diizinkan oleh-mu Ya Allah Ya Barik ku sebagai hambamu diberikan peluang mencari dan mengali ilmu walaupun urusan sebagai surirumah anak 4 orang cabaran amat tinggi
Dengan adanya pengurusan diri, ilmu, komunikasi sesama pasangan insyahallah ada jalan yang indah serta manis kami sekeluarga nikmati
semoga pengalaman hidup selepas berhenti kerja banyak membantu diri ini lebih matang dalam menguruskan diri
Terima kasih tulang belakangku sentiasa membantu di setiap sudut..
Tetapi No 1 yangku Sanjungi dan Tanda Syukur adalah pencipta kita Allah swt..kerna ia telah mengerakkan hati ini untuk lebih fahami aku adalah hambanya yang perlu ada misi mengapa aku diwujudkan/dilahirkan di muka bumi ini.
ALHAMDULILLAH...SYUKUR...REDHA...
Ku hadiahkan Al-Fatihah
Nabi Muhammad saw, Para sahabat nabi, Isteri Nabi, Ulamak-ulamak, Diriku, Suamiku, Ibuku, Anakku, Adik-beradikku baik sebelahku dan sebelah suamiku, Arwah Ayahku,Arwah Ayah dan ibu mertuaku, Nenek dan Atokku serta umat islam tidak kira yang hidup mahupun telah meninggal dunia...Aamiin

Commen

Saturday, February 13, 2021

Starter Kit Premium Young Living

 Alhamdulillah serta syukur

    Hari ini ku diberikan peluang untuk mengisi semula ruang blog ku yang lama aku tidak isikan.

Kali ini saja nak cerita kebaikkan yang baru aku temui semasa akhir tahun 2019.Kisah ini melibatkan anak saya yang kedua mengalami kemurungan untuk tidak pergi ke tadika selepas tarikh 16 Mei 2019.

Punca kejadian memang kami tidak pasti sebabnya dihari tersebut memang ada sambutan Hari Guru disambut bersama pelajar dan cikgu sahaja. Pada pagi itu, memang ada terlalu 'Exicted" membawa juadah makanan yang saya buat sendiri khas untuk guru-gurunya iaitu Puding Cermin. Kegembiran terserlah sangat pertama kali dia ke tadika ada jamuan seperti disambut. Kita pendekkan cerita sesampai dia dirumah bersama abahnya...mukanya merah dan mata bengkak..bila ditanya kepada abahnya kenapa...cikgu hanya memberitahu dia menangis sahaja semasa majlis makan-makan dijalankan.

Bayangkan berapa lama anak saya menangis..waktu rehat bermula jam 10.00pagi. Manakala balik tadika jam 12.00petang..

2jam anak saya menangis..tapi saya nak kata dia berhenti nangis mungkin ada tapi mungkin tak lama..kita seorang ibu boleh tahu perangai anak.

Jadi saya rasa nak salahkan pada sesiapa pun tak guna sebab sampai sekarang anak sudah umur 7tahun tidak tahu punca sebenar yang berlaku walaupun seusia tersebut anak sudah pandai bercerita.

Iktihar yang mampu kami lakukan sampai sekarang hanya menggunakan Essential Oil dari Young Living. Ini pun adalah seseorang sahabat dari Mak minyak saya kenalkan apabila anakku selalu taknak ke tadika.

 Alhamdulillah pilihan pertama kali adalah Peace and Calming. Ianya banyak memberi kesan dan serasi pada si anak. Bila melihat keadaan banyak diizinkan oleh Allah swt . saya terus usaha menggumpulkan wang sebanyak RM770 untuk dapatkan Premium Starter Kits Young Living.

Bermulalah ilmu baruku terokai ilmu kehidupan semulajadi dalam kehidupan kami sekeluarga





Tuesday, January 26, 2021

Peppermint EO dapat membantu halau lalat

 Kisah santai petang ini



Hari ini niat nak masak udang galah
Dah 4 hari kami anak-beranak makan lauk ayam
.
Hari ini abah diaorang balik dari Pangkor nak masak menu sedap sikit
.
Tengah nak bersihkan udang..sambil tumis sup sayur sawi+suhoon rencah ikan bilis
Datang cik lat (Lalat)
.
Lemah sungguh
.
Geng Cik Lat dah datang..dah anak seorang ini suka basuh tangan aje..bila nampak yaya(lalat panggilan dr kak bb)laju aje air mata nak keluar dan terjerit-jerit
.
Apa lagi malas nak dengar nangis kak BB ambil #EOPeppermint buka aje tutupnya biar aje aroma bau itu keluar
.
Berhasil akhirnya dapat selesai bersihkan udang..terus tumis udang galah masak sambal masam manis..(resepi kak iparku kak uji)

Ikutkan apa-apa EO pun boleh tapi saya memang penggemar peppermint kuat sikit baunya

#atiesmilecollection


Saturday, January 23, 2021

PdPR - 3 Sepupu tahun 1 2021

 Keluar pulak memories 2 tahun lepas

Tahun ni 3 sepupu ini masuk darjah 1 2021

Pertama kali mereka hari pertama alam persekolahan belajar di rumah (PdPR)

Demi menjaga diri kita dan seluruh rakyat



malaysia

Kerana wabak covid-19

Gambar lain pulak

Inilah kali terakhir kami ber4 naik ETS tak tahu bila lagi dapat naik ETS balik kajang-manjung

Inilah pertama kali selalu abah akan hantar kami Manjung-Ipoh tapi pada tahun ini berubah abah hantar kami anak beranak dari Kajang sahaja. Sampai di Ipoh pak su bawa kami ke Manjung.

Sungguh mencabar.

Apa pun keseronokkan dan pengalaman mengajar kita hidup perlu berdikari.








Friday, January 22, 2021

Salam Perkenalan Tahun Baru 2021

 Assalamualaikum dan selamat pagi di Tahun Baru 2021

Norma Baru 

Corak kehidupan baru tatkala wabak Covid-19 masih berleluasa sehingga kini