Saturday, February 13, 2021

Starter Kit Premium Young Living

 Alhamdulillah serta syukur

    Hari ini ku diberikan peluang untuk mengisi semula ruang blog ku yang lama aku tidak isikan.

Kali ini saja nak cerita kebaikkan yang baru aku temui semasa akhir tahun 2019.Kisah ini melibatkan anak saya yang kedua mengalami kemurungan untuk tidak pergi ke tadika selepas tarikh 16 Mei 2019.

Punca kejadian memang kami tidak pasti sebabnya dihari tersebut memang ada sambutan Hari Guru disambut bersama pelajar dan cikgu sahaja. Pada pagi itu, memang ada terlalu 'Exicted" membawa juadah makanan yang saya buat sendiri khas untuk guru-gurunya iaitu Puding Cermin. Kegembiran terserlah sangat pertama kali dia ke tadika ada jamuan seperti disambut. Kita pendekkan cerita sesampai dia dirumah bersama abahnya...mukanya merah dan mata bengkak..bila ditanya kepada abahnya kenapa...cikgu hanya memberitahu dia menangis sahaja semasa majlis makan-makan dijalankan.

Bayangkan berapa lama anak saya menangis..waktu rehat bermula jam 10.00pagi. Manakala balik tadika jam 12.00petang..

2jam anak saya menangis..tapi saya nak kata dia berhenti nangis mungkin ada tapi mungkin tak lama..kita seorang ibu boleh tahu perangai anak.

Jadi saya rasa nak salahkan pada sesiapa pun tak guna sebab sampai sekarang anak sudah umur 7tahun tidak tahu punca sebenar yang berlaku walaupun seusia tersebut anak sudah pandai bercerita.

Iktihar yang mampu kami lakukan sampai sekarang hanya menggunakan Essential Oil dari Young Living. Ini pun adalah seseorang sahabat dari Mak minyak saya kenalkan apabila anakku selalu taknak ke tadika.

 Alhamdulillah pilihan pertama kali adalah Peace and Calming. Ianya banyak memberi kesan dan serasi pada si anak. Bila melihat keadaan banyak diizinkan oleh Allah swt . saya terus usaha menggumpulkan wang sebanyak RM770 untuk dapatkan Premium Starter Kits Young Living.

Bermulalah ilmu baruku terokai ilmu kehidupan semulajadi dalam kehidupan kami sekeluarga





No comments:

Post a Comment