Friday, April 8, 2016

Bermula Mengenal Solat Dhuha

Bermula Mengenal Solat Dhuha

Teks : hayatiabdmohid


Suatu ketika dahulu saya seorang yang memang kurang mengambil tip cara mudah menjemput rezeki dalam kehidupan harian saya. Diri ini terasa teramat daif dan malu. Sampai kadang-kadang perasaan cemburu selalu berlaku bila tiba masa keputusan penilaian prestasi tahunan dimaklumkan. Secara tidak langsung marah dan irihati telah bercampur.

Dalam termenung, tiba-tiba hati ini telah terdetik melihat seorang staff di bawah penyeliaan saya. Beliau adalah seorang janda dan mempunyai anak dua orang teruna. Beliau juga mengidap penyakit kaser hidung tahap 2. Sungguh menyedihkan. Semangat beliau memang kuat. Saya sering kali memerhatikan beliau tepat sahaja jam 9.30pagi dia akan meminta izin pada saya untuk pergi ke atas untuk bersihkan hidung beliau. Pada mulanya, saya tidak kisah maklumlah perbuatan harus dia lakukan untuk rawatan diri dia. Hati ini rasa heran mengapa untuk cuci hidung perlu naik ke atas (surau)...pertanyaan diri ini ada sahaja.
Persoalan pada diri semakin membuak-buak..apa sebenarnya staff ini lakukan. Saya sebagai penyelia ada hak untuk tahu kemana beliau pergi. Hari persoalan perlu dilaksana saya panggil "face to face talk together". Akhirnya terjawap persoalaan saya...beliau tak nak cakap pergi ke surau untuk melakukan perkara sunat iaitu menunaikan Solat Dhuha selepas selesai membuat rawatan hidung. Dia takut-takut penyelia-penyelia lain marah sebab cuba curi-curi tulang waktu bekerja. Di situ, wujud saya cintakan Allah s.w.t dengan mengamalkan solat tersebut bila ada kelapangan. Alhamdulillah memang rezeki mendapat rezeki sebagai pekerja tidak kesampaian tetapi rezeki diri ini tidak lagi duduk berjauhan dengan suamiku termakbul. Syukur setelah 2 tahun duduk bersamaan rezeki menambah cahaya mata termakbul.

Manfaat menunaikan Solat Dhuha..Kesabaran juga perlu ada di dalam diri kita.

Akan dikongsikan 8 Manfat Solat Dhuha


Diarisurirumahtangga
HayatiAbdMohid

No comments:

Post a Comment