Monday, August 1, 2016

Kreativiti Anak-Anak

Kreativiti Anak-anak

Teks : hayatiabdmohid


Anak kita adalah anugerah yang diberi oleh kita dalam pelbagai rupa paras, kepintaran, jantina dan lain-lain. Semasa kecil perwatakkan mereka sangat sukar ditafsir kerana perwatakkan anak-anak telah bercampur dengan kelakuaan kita sesebagai ibubapa sewaktu seusia mereka. Bila ditenung dan difikir kadang-kadang aktiviti yang mereka buat ada sama dengan kita bermain diwaktu kecil. Cuma situasi dan keadaan sahaja berlainan sedikit. Kalau dulu kita main "pondok-pondok dan sorok sorok" orang dulu kata.

Waktu itu, kita akan bermain dibawah pohon-pohon yang redup, pokok rambutan dan pasir di tepi pantai. Tempat ini penting, maklumlah kalau dibawah pohon rambutan kalau ada buah boleh dijadikan bahan untuk main masak-masak manakala daun dan ranting dijadikan konon sebagai bahan api..hihiii batu pula dibuat benteng konon ada tembok ditepi keliling rumah. Lain pulak kalau main dibawah pohon redup dan tepi pantai kita akan suka main kahwin-kahwin kalau ada pasangan di dalam kumpulan tersebut..kalau diingat balik memang sungguh seronok dan perhubungan persahabatan begitu rapat. Macam cerita Upin-Ipin banyak mengingatkan kita kehidupan kita masa dahulu.

Lain pulak dengan anak-anak kita, kreativiti mereka perlu dibuat di dalam rumah. Kawan sepermaian dia adalah adik-beradik dia sendiri. Kadang adik akan menjadi bahan uji kaji untuk si kakak..maklumlah si kakak sudah besar dan mempunyai akal..yang adik akan ikut sahaja kemahuaan si kakak.

Sebagai ibu surirumahtangga, saya lebih suka membiarkan si kakak dan si adik bermain suka hati mereka asalkan jangan memberi mainan tajam dan berbahaya kepada mereka.
Si kakak bila tidak mahu tidur ada sahaja idea dia akan cuba buat walaupun kadang-kadang kita ibubapa tidak pernah terfikir nak mereka barang terbuang dijadikan bahan mainan dia. Kebebasan sangat penting diberikan kepada anak-anak kita supaya minda dia berfikir.



Hari ini si kakak telah memberikan ibu idea untuk menulis setelah sekian lama tidak updated blog..Keluar dari bilik setelah tidurkan adiknya..sebuah rumah pondok yang kecil di dalam rumah telah terbina dengan begitu cantik walaupun bila dilihat hanya biasa sahaja. Tetapi bagi sebagai ibu rasa bangga dan seronok si kakak memang suka membuat aktiviti sendiri walaupun dia mereka hanya dirinya sahaja tanpa meminta tolong sesiapa.

Muesli Blueberry Cheesecake Brownies Manjung

Kenangan Raya 2016
Teks : hayatiabdmohid

Cerita semalam

Bila mood sudah datang.. Badan rasa penat tidak diambil kira asalkan niat dihati ingin lakukan sesuatu untuk mengembirakan orang dapat dilaksanakan.. Semalam balik sahaja ambik kakak dari sekolah terus masuk dapur.. 

Macam biasa bersilatlah sekejap dicampur lagi dengan si adik nak tolong ibu masak kek.. 
Si Adik dia memang tak boleh tengok kek.. Siap aje kek.. Ayat pertama dia kata"kek Aisyah"...ibu hanya boleh tersenyum aje.. 

Bila kita bisness homemade cabaran yang dihadapi apabila ada anak kecil yang masih menyusu memang tinggi cuma semangat dan minat banyak boleh membolehkan kita berjaya melaksanakan sesuatu walaupun bermula secara kecil-kecilan..

Semoga impian ibu terlaksana untuk berjaya melakukan bisness online ibu dalam pelbagai jualan..





Syukur dapat juga siapkan makanan untuk jamuan hari raya kuarters TNB semalam
-Cookie Red Truffle Brownies
-Muesli blueberry Cheesecake Brownies