Monday, April 18, 2016

Apam Solo Sebekas RM1.70

Apam Solo Sebekas RM1.70

Teks : hayatiabdmohid



Apam solo merupakan pengalaman pertama saya memulakan langkah menjenakkan diri dengan alam perniagaan kecil-kecilan. Pada masa itu, umur anak kedua berusia 4bulan dan masih menyusu badan sepenuhnya. Bila menyusu badan boleh dikatakan kekerapan menyusu di waktu malam adalah pada pukul 9 malam, 1 pagi dan 5 pagi sekali lagi.

Setiap hari tugasan saya, selepas menghantar anak ke sekolah si kakak. Ibu perlu ke pasar mencari bahan mentah seperti kelapa parut, gula melaka, tepung gandum dan tepung gandum sebagai bahan membuat apam solo. Memang masa begitu berharga. Masa yang ada perlu dilakukan dengan pantas supaya kerja di rumah tidak diabaikan. Siap kesemuanya kerja memasak dan mengemas rumah..operasi membuat inti kelapa perlu dilakukan. Saya akan masak kelapa dengan gula melaka sehingga kering. Bila selesai dan inti sejuk..langkah seterusnya digentel menjadi bulat-bulat seperti sebiji bola RM0.50 dan disimpan di dalam bekas serta di simpan di dalam peti bagi mengelakkan ianya basi. 

Jam tepat pukul 12 tengah malam, bancuhan tepung perlu dilakukan. Disaat anak-anak tidur kerja sangat mudah dan tenang dapat dilaksanakan. Setiap sukatan dibuat bagi membolehkan hasil untuk Apam Solo yang menarik. Bila siap memasukkan adunan tepung ke dalam acuan kerja mengukus perlu dimulakan...saat ini pemerhatian sangat diperlukan..bila kita menjaga api dan sukatan air yang kurang Apam Solo boleh terbantut...dan tidak mengelembong tinggi.
Nampak macam senang tapi sangat sukar mendapat hasil yang cantik dan sedap dimakan. Masa untuk menyiapkan lebih kurang 50 biji Apam Solo adalah 2jam. Siapkan mengukus masa melelapkan perlu diambil kira. Sekiranya lega esok sebagai surirumah hilang tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

Selepas subuh...operasi membungkus dilakukan...

1bekas ada 4 biji apam solo -RM1.70

Selesai membungkus proses menghantar kepada peniaga perlu disegerakan. Saya meletak Apam Solo digerai orang menjual nasi lemak. Disitu mereka akan menjual RM2.00 termasuk upah meletak digerai mereka. Inilah pengalaman saya berniaga nak kata untung tidak banyak hanya kepuasaan memberi rasa makanan pelanggan membuat tidak kisah rasa penat walaupun hanya seketika.
Pengalaman berniaga untuk diri saya untuk menarik pelanggan untuk mengenali produk kita. Usaha perlu dilakukan walaupun upah untuk menumpang letak kuih kita begitu mahal. Akhirnya berniaga sendiri menggunakan adalah langkah terbaik.


Diarisurirumah
HayatiAbdMohid


No comments:

Post a Comment