Monday, April 4, 2016

Assalamualaikum dan Salam Pengenalan


Assalamualaikum dan Salam Pengenalan

Teks : hayatiabdmohid

Di hari yang panas terik dari bulan pertengahan Mac hingga kini membuat keadaan sentiasa rasa letih dan lemah..tetapi saya dengan kudurat yang ada saya gagahkan juga untuk menulis di dalam blog yang saya baru dicipta ini. Pada mulanya, saya berasa bosan setelah hampir 3 tahun telah meletakkan jawatan dan fikiran sering buntu apa tindakan yang perlu saya lakukan selain menjaga anak yang tercinta. Apabila suami saya mendaftar ‘streamxy’ maka aktiviti saya mula sedikit demi sedikit ‘search’ pelbagai maklumat dalam bidang ekonomi rumahtangga. Dari situ terlintas difikiran saya untuk mencari teknik menghasilkan sebuah blog di dalam alam maya. Akhirnya saya terjumpa satu blog iaitu kelas asas blog diasakan oleh Puan Khairunnisa Hamzahara dan Puan Masayu Ahmad yang telah memberi peluang kepada saya unuk mempelajari teknik melalui e-book tersebut. Terima Kasih tidak terhingga kepada beliau dan kawan-kawan yang telah bersama di dalam tersebut.

Pada mulanya, ingin saya ingin perkenalkan nama saya iaitu Nor Hayati Bte Abdol Mohid. Saya dibesarkan dan bersekolah dari peringkat rendah hingga menengah hanya di Bandar Kajang. Kehidupan dibandar kajang yang dahulu hanya sebuah pekan kecil sahaja.Kini sudah maju dengan pelbagai infrastrukstur yang menjadi bandar tersebut semakin maju. Setelah tamat alam persekolahan saya telah ditawarkan sambung belajar di Politeknik, Ipoh. Di sini langkah permulaan saya hidup berasingan dengan keluarga tersayang. Di situ, kehidupan berdikari tertanam di dalam  jiwa saya. Alhamdulillah kepada Tuhan setelah tamat Diploma, saya telah bekerja di sebuah syarikat Internet yang dulu digelar ‘TMNET SDN BHD’sebagai staff leasing. Pekerjaan saya boleh dikatakan setiap 6 bulan akan ditukarkan unit. Kesabaran perlu kuat apabila hati ingin bekerja tetapi status hanya leasing/kontrak. Sekali lagi saya bersyukur kepada yang maha esa berkat kesabaran selama 3 tahun saya mendapat jawatan tetap di Badan Berkanun. Di situ ,dapat saya menggunakan kelulusan diploma saya disitu.

Pada 30 Mei 2013, saya bertekad untuk mengambil keputusan berhenti atas sebab kesukaran duduk berjauhan dengan suami. Akhirnya saya hanya menjadi suri rumahtangga selama 8bulan tanpa membuat apa-apa aktiviti untuk mengisi masa lapang saya. Tahap kebosanan menjadi-jadi, fikiran sentiasa berfikir bagaimana cara untuk mencari pendapatan seperti dahulu. Bukannya terdesak untuk mencari pendapatan lebih tetapi oleh sebab sebelum ini masa diisikan bekerja. Suatu hari, suami memperkenalkan saya dengan seorang kawan yang membuat penjualan insurans Etiqa. Saya sempat bekerja hampir 2 tahun oleh kerana anak masih tiada yang boleh mengasuh keputusanya saya terpaksa berhenti.

Kini sepenuh masa, saya aktiviti-aktiviti bisnes online pakaian kanak-kanak, pakaian muslimah dan membuat kek.


Walaikumsalam dan salam 1 malaysia

No comments:

Post a Comment