Saturday, May 7, 2016

Johanandhiscats - Lawatan Kecil Untuk Anak

Johanandhiscats - Lawatan Kecil Untuk Anak

Teks : hayatiabdmohid


Jam 4 pagi...hujan agak lebat di bandar Seri Manjung, kami sekeluarga bertolak balik ke kampung..
Nak kata Kampung mungkin tidak...ialah Bandar Kajang mana ada lagi rupa kampung macam 20tahun dahulu. Tetapi untuk mengingatkan anak bahawa mereka masih ada kampung jadi gelaran kampung tidak akan dilupakan...sebab kami merantau di negeri lain.

Kemeriaah kakak dengan terserlah bila tiba di perkarangan rumah nenek mereka. Di tambah pula ada Mak Ucu, Mak Uda, Pak Uda, Mak Ngah, Atok, Nenek dan Sepupu yang seangkatan dengan mereka ada di rumah nenek..Kekecohan macam seolah-olah esok nak raya.

Tiba waktu petang, kami sekeluarga dan mak uda, pak uda, ainul dan alya telah bercadangan pergi ke I0I Putrajaya untuk menaiki elephant katanya Adik Ainul...
Jadi kami ikutkan dalam beberapa minit mereka bermain disana...Elephant tu sebenarnya mesin kereta boleh dipandu sendiri...hihii tergelak ibu dan abah dibuat bila tiba di lokasi tersebut.

Selesai main di I0I terus ke Johanandhiscats..si anak ibu yang kecik memang sukakan kucing...tak kira kucing tepi jalan atau kedai makan dia sanggup main. Jadi nak bagi dia bertambah gembira kami bawa ke tempat kucing import ini...

Wah memang gembira sungguh orangnya...suara dia aje yang bising menjerit si kucing...
Stress kucing tersebut dengar suara dia dan terus lari...ibu biarkan sahaja. Ini masa dia hendak main sepuas-puasnya dengan kucing yang bersih dan terjaga ini.












Coretan Ringkas Birthday Arissa


Coretan Ringkas Birthday Arissa

Assalamualaiku
Teks : hayatiabdmohid









Hadiah Birthday Untuk Baby Arissa dapat kaki sebelum umurnya setahun...
Baju Miow Summer Korean jadi pilihan hati Mak Lang...
Pelbagai aksi saya buat bila disarung pakaian ini...mutu kain yang lembut dan tidak panas bila dipakai...

Jadi mummy,mama atau aunty mahukan hadiah kepada anak atau anak buah jom pilih baju summer korea yang lain...

Muslimah 4U - BELLVANIA KURUNG COLLECTION


BELLVANIA KURUNG COLLECTION

PRE ORDER!....PRE ORDER...PRE ORDER!!
BELLVANIA KURUNG COLLECTION
PRODUCT INFORMATION
MATERIAL:
Satin Paloma

COLOR:
Dusty Pink with black Lace
Hunter Green with Black Lace
Orchid Purple with Black Lace
Golden Cream with Black Lace

ADDED VALUE:
Nursing Friendly ( Hidden Zip ) + 2 side Pocket + Lace

Tapi......ni harga yang istimewa untuk anda
  ðŸ’–
> 100 orang terawal ~ anda akan dapat hrga istimewa RM159 SAHAJA.
> Sepanjang PRE ORDER berlansung harga yang ditawarkan RM169
> Jika dah ready stok, harga akan menjadi harga asal iaitu RM189
--------------->>> DEPOSIT : RM50(tiada pulang wang sekiranya ada pembatalan order)
HARGA RUNCIT ASAL :
XS - XL = RM189
2XL - 4XL = RM192

Jom cepat-cepat order untuk jadi terawal...jom dapat harga yang terawal 
smile emoticon





Red Velvet Order Dari Seri Manjung

Assalamualaikum

Permulaan perniagaan dalam pembuatan dari minggu ke minggu yang lain ada sahaja rezeki Allah s.w.t berikan padaku hadiah iaitu mendapat tempahan kek atau makanan lain.

Hari Khamis baru - baru ini, saya mendapat tempahan dari isteri rakan suami untuk membuat kejutan ulangtahun hari jadi suami yang ke berapa....saya pun tidak tahu..hihii. Isterinya hanya suruh tulis Selamat Hari Jadi My Hubby...jadi teman tak de lah bertanya...seganlah.

Apa-apa thank you Kak Hamidah sudi order dengan saya Kek Red Velvet Creme Cheese.



Monday, May 2, 2016

Manfaat Mempelajari Asas Blog dan Penulisan

Manfaat Mempelajari Asas Blog dan Penulisan

Teks : hayatiabdmohid

Assalamualaikum semua..ucapan terima kasih kepada Puan Masayu Ahmad atas bimbingan puan dalam membantu saya menjayakan blog saya sendiri. Banyak teknik saya telah pelajari dalam tutorial Asas Blog dan Penulisan ini antaranya :-

1 - Mulanya saya telah mempelajari cara untuk wujudkan blog sendiri

2- Cara mengenali dunia blogger serta menerokai cara untuk menggunakan icon yang ada di dalam blogger seperti kemaskini post, label, copy link ke dalam facebook dan lain-lain lagi.

3- Konsisten dalam penulisan telah membuatkan saya mempunyai jadual yang baik walaupun pelbagai kerja rumah perlu diselesaikan.

4- Saya telah memperlajari cara menghasilkan penulisan semula setelah sekian lama ditinggalkan sejak tamatnya dunia persekolahan.

5-Banyak sahabat positif yang saya kenali melalui blogger mereka sendiri walaupun hanya berkenalan melalui alam maya sahaja.

6-Disini saya dapat mengenal erti kesabaran kerana dengan tiada asal-usul dunia IT sedikit sebanyak belajar melalui online membuatkan saya untuk menerokai dunia menghasilkan blogger yang baik.


Jubah with Flower Tudung

Jubah with Flower Tudung -Testimoni Customer



4pasang Jubah Gold menjadi pilihan mereka untuk bakal Hari Raya akan tiba beberapa bulan lagi..
Hihii..langkah bijak customer membuat pemilihan awal untuk membeli baju siap..maklumlah bila sudah hampir nak raya banyak benda perlu dibeli dan disediakan...
Anyway tq sudi beli dengan saya..
Berminat boleh pm masih ada beberapa saiz yg masih ada lagi..@hayatimohid

Burgundry Red & Khaki (Coklat gold)




Cheesy Marble Brownies, Brownies Kedut Dan Cake Chocolate Moist

Cheesy Marble Brownies, Brownies Kedut Dan Cake Chocolate Moist







Teks: hayatiabdmohid

Assalamualaikum dan Syukur di 29 April 2016...berkat dari Allah s.w.t pada pagi Jumaat 3 jenis kek dapat saya selesaikan dengan sempurna...

Kesemua kek yang ada ini untuk dibawa dalam perjalanan yang sangat jauh...lebih dari 400km..
Syukur sekali lagi semua selamat delivery ke tempat yang ditunju tanpa sebarang kerosakkan yang berlaku.

Cheesy Marble Brownies - Kelantan
Brownies Kedut - Pulau Pinang
Cake Chocolate Moist - Selangor





Cheesy Marble Brownies

Cheesy Marble Brownies

Teks: hayatiabdmohid


29 April 2016
Penghujung April
Saya mendapat 1 tempahan yang amat berat dan perlukan risiko yang tinggi
Maklumlah Customer ini menyajikan kek tersebut di Kelantan...
Sungguh jauh perjalanan kek ini dari Seri Manjung, Perak ke Kelantan
Jam 8.30pagi proses membuat kek ini dilakukan...
Inilah pertama kali saya melakukan kek Cheesy Marble Brownies
Maklumlah sebelum ini sebut brownies saya pernah buat
Blueberry Cheese Brownies dan Red Velvet Brownies..

Pada mulanya, saya pun siapkan base brownies dahulu...
Ding Dong-Dong adalah dalam pukul 9.30pagi siap dan terus bakar.
Proses membakar hampir 20minit sahaja..
Sementara menunggu proses membakar saya siapkan adunan cheese pulak..

Ting ting..tanda kek sudah masak...
Alhamdulillah kejadian kek sangat cantik..
proses deco cheese perlu dilakukan.. .
Semuanya berjalanan dengan lancar...itulah kalau niat baik maka baiklah yang diperolehi...
Berkat rezeki di hari Jumaat penghulu segala hari.

Inilah hasil kek yang dipanggil oleh semua orang pada masa kini CHEESY MARBLE BROWNIES
Terima Kasih Adik Nisa sudi tempah dengan Kak...Minta Halal ye...