Saturday, May 7, 2016

Johanandhiscats - Lawatan Kecil Untuk Anak

Johanandhiscats - Lawatan Kecil Untuk Anak

Teks : hayatiabdmohid


Jam 4 pagi...hujan agak lebat di bandar Seri Manjung, kami sekeluarga bertolak balik ke kampung..
Nak kata Kampung mungkin tidak...ialah Bandar Kajang mana ada lagi rupa kampung macam 20tahun dahulu. Tetapi untuk mengingatkan anak bahawa mereka masih ada kampung jadi gelaran kampung tidak akan dilupakan...sebab kami merantau di negeri lain.

Kemeriaah kakak dengan terserlah bila tiba di perkarangan rumah nenek mereka. Di tambah pula ada Mak Ucu, Mak Uda, Pak Uda, Mak Ngah, Atok, Nenek dan Sepupu yang seangkatan dengan mereka ada di rumah nenek..Kekecohan macam seolah-olah esok nak raya.

Tiba waktu petang, kami sekeluarga dan mak uda, pak uda, ainul dan alya telah bercadangan pergi ke I0I Putrajaya untuk menaiki elephant katanya Adik Ainul...
Jadi kami ikutkan dalam beberapa minit mereka bermain disana...Elephant tu sebenarnya mesin kereta boleh dipandu sendiri...hihii tergelak ibu dan abah dibuat bila tiba di lokasi tersebut.

Selesai main di I0I terus ke Johanandhiscats..si anak ibu yang kecik memang sukakan kucing...tak kira kucing tepi jalan atau kedai makan dia sanggup main. Jadi nak bagi dia bertambah gembira kami bawa ke tempat kucing import ini...

Wah memang gembira sungguh orangnya...suara dia aje yang bising menjerit si kucing...
Stress kucing tersebut dengar suara dia dan terus lari...ibu biarkan sahaja. Ini masa dia hendak main sepuas-puasnya dengan kucing yang bersih dan terjaga ini.












No comments:

Post a Comment