Saya sharekan apa itu
TRADISI MEMBERI
Teks : hayatiabdmohid
Ianya terbahagi kepada
4 perkara :-
1- Solat
Islam itu sendiri
ertinya selamat dan memberi keselamatan.
Dalam rukun iman dan
rukun islam terpancar anjuran memberi
itu secara langsung
dan tidak langsung. Dalam bacaan solat misalnya, kita diajar,dilatih dan
didisplinkan untuk memberi pujian kepada Allah, berselawat kepada Rasulullah,
memberi salam kepada malaikat dan mendoakan orang Islam yang lain.
2-Puasa
Begitu juga dengan
syariat puasa. Antara hikmahnya agar merasai kesusahan orang miskin dan dengan
itu kita terdorong untuk memberi bantuan kepada mereka. Di bulan Ramadan, kita
dianjurkan untuk bersedekah, memberi makanan untuk orang berbuka puasa.
3-Korban dan Akikah
Begitu juga dengan
alaman korban, akikah dan menjamu orang miskin –semuanya berasaskan sikap
memberi. Apabila ada pelanggaran hukum ataupun kesalahan dalam melaksanakan
sesuatu ibadah, kita juga dianjurkan untuk memberi, misalnya kewajipan membayar
DAM, Kafarah dan diat.
4-Adap Pergaulan
Dalam adap pergaulan
kita digalakkan memberi salam sebaik sahaja bertemu dengan saudara sesama
islam. Memberi salam bererti kita ‘memberi doa’ demi kesejahteraan saudara
kita. Jadikan bila kita mengucapkan salam kepada rakan-rakan Facebook bermakna
kita mendoakan kesejahteraan mereka selalu.
No comments:
Post a Comment