Lawatan Kak Zhaafirah Dari Manjung, Perak Ke Kuala Lumpur
Teks :hayatiabdmohid
Si Kakak : Bila kakak pergi lawatan ke Kuala Lumpur...alah yang dekat rumah nenek..
Ibu : Ooh...rombongan ke kakak pukul 11.30 malam
Si Kakak : Bukan rombongan la ibu..cikgu cakap lawatan..
Cikgu kata kitaorang akan melihat Petrosains , Masjid Negara , Muzium Istana dan satu
lagi masjid yang dekat rumah nenek (masjid besi)
Tergelak kecil ibu bila anak menegur tentang perbezaan rombongan dan lawatan
Ibu : Kakak tidurlah dulu nanti ibu kejut pukul 11.00 malam
Si Kakk : Tak boleh ibu...kita takut kena tinggal bas. Kalau kena tinggal kakak tak boleh jalan
dengan kawan-kawan. Lagi kita sudah siapkan barang yang cikgu suruh.
Kakak tak nak tidur..kakak nak tunggu aje pukul 11.30malam bila kakak naik baru boleh
tidur.
Ibu : Baik Bucuk Sayang kita tunggu sama-sama.Sebelum ibu nak tidurkan adik awak dulu
Tepat jam 11.15malam kakak sudah bersiap ke Tadika Tilmiz Bestari.
Kakak bertolak tepat jam12.00. Hati seorang ibu tersentuh bila ini kali pertama kakak berpisah dengan ibu.
Oleh kerana tengok kakak seronok sangat nak pergi ibu dan abah redhakan juga. Hanya doa dari Allah s.w.t supaya perjalanan mereka semua selamat pergi dan pulang malam ini jam11.30 malam
Foto Si Kakak
Diarisurirumahtangga
HayatiAbdMohid
No comments:
Post a Comment