Assalamualaikum dan Salam Pengenalan
Teks : hayatiabdmohid
Di hari yang panas terik dari
bulan pertengahan Mac hingga kini membuat keadaan sentiasa rasa letih dan
lemah..tetapi saya dengan kudurat yang ada saya gagahkan juga untuk menulis di
dalam blog yang saya baru dicipta ini. Pada mulanya, saya berasa bosan setelah
hampir 3 tahun telah meletakkan jawatan dan fikiran sering buntu apa tindakan
yang perlu saya lakukan selain menjaga anak yang tercinta. Apabila suami saya
mendaftar ‘streamxy’ maka aktiviti saya mula sedikit demi sedikit ‘search’ pelbagai maklumat dalam bidang ekonomi rumahtangga. Dari situ terlintas difikiran saya untuk
mencari teknik menghasilkan sebuah blog di dalam alam maya. Akhirnya saya
terjumpa satu blog iaitu kelas asas blog diasakan oleh Puan Khairunnisa Hamzahara dan Puan Masayu Ahmad yang telah memberi peluang kepada saya unuk mempelajari teknik melalui e-book tersebut. Terima
Kasih tidak terhingga kepada beliau dan kawan-kawan yang telah bersama di dalam
tersebut.
Pada mulanya, ingin saya ingin
perkenalkan nama saya iaitu Nor Hayati Bte Abdol Mohid. Saya dibesarkan dan
bersekolah dari peringkat rendah hingga menengah hanya di Bandar
Kajang. Kehidupan dibandar kajang yang dahulu hanya sebuah pekan
kecil sahaja.Kini sudah maju dengan pelbagai infrastrukstur yang menjadi bandar
tersebut semakin maju. Setelah tamat alam persekolahan saya telah ditawarkan
sambung belajar di Politeknik, Ipoh. Di sini langkah permulaan saya hidup
berasingan dengan keluarga tersayang. Di situ, kehidupan berdikari tertanam di dalam jiwa
saya. Alhamdulillah kepada Tuhan setelah tamat Diploma, saya telah bekerja di
sebuah syarikat Internet yang dulu digelar ‘TMNET SDN BHD’sebagai staff
leasing. Pekerjaan saya boleh dikatakan setiap 6 bulan akan ditukarkan
unit. Kesabaran perlu kuat apabila hati ingin bekerja tetapi status hanya leasing/kontrak. Sekali
lagi saya bersyukur kepada yang maha esa berkat kesabaran selama 3 tahun saya mendapat jawatan tetap di Badan Berkanun. Di situ ,dapat saya menggunakan kelulusan
diploma saya disitu.
Pada 30 Mei 2013, saya bertekad
untuk mengambil keputusan berhenti atas sebab kesukaran duduk berjauhan dengan
suami. Akhirnya saya hanya menjadi suri rumahtangga selama 8bulan tanpa membuat
apa-apa aktiviti untuk mengisi masa lapang saya. Tahap kebosanan menjadi-jadi,
fikiran sentiasa berfikir bagaimana cara untuk mencari pendapatan seperti
dahulu. Bukannya terdesak untuk mencari pendapatan lebih tetapi oleh sebab
sebelum ini masa diisikan bekerja. Suatu hari, suami memperkenalkan saya dengan
seorang kawan yang membuat penjualan insurans Etiqa. Saya sempat bekerja hampir 2 tahun oleh kerana anak masih tiada yang boleh mengasuh keputusanya saya terpaksa berhenti.
Kini sepenuh masa, saya aktiviti-aktiviti bisnes online pakaian kanak-kanak, pakaian muslimah dan membuat kek.
Walaikumsalam dan salam 1
malaysia
No comments:
Post a Comment