Jurnal Kehidupan Semulajadi
Friday, April 8, 2016
Keindahan 8 Manfaat Solat Dhuha
Keindahan 8 Manfaat Solat Dhuha
Teks : hayatiabdmohid
1. Senaman tanpa di sedari
Waktu yang paling sesuai selepas selesai waktu syuruk iaitu antara jam8.00 hingga 30minit
sebelum masuk waktu solat zuhur. Masa tersebut sangat baik untuk senaman ringan
Dengan amalan yang dilakukan hari-hari dapat dimanfaatkan untuk menjaga kesihatan tulang di
sendi-sendi seperti tangan, lutut, siku dan kaki.
2. Melancarkan peredaran darah
Solat Dhuha dapat melancarkan peredaran darah yang ada di dalam tubuh manusia kerana semua
pergerakkan di dalam solat sangat lengkap. Dari mula mengangkat dua belah tangan, membongkok
saat rukuk, kemudian sujud dimana kepala berada lebih rendah dibandingkan badan dan darah
tersebut juga mengalir ke kepala kemudiaan pada saat duduk aliran darah dinormalkan semula.
3. Menormalkan produksi hormon
Jadi solat dhuha memang sangat bermanfaat dan efektif untuk menjaga kesihatan sampai dengan
beberapa cairan dan juga hormon dalam tubuh.
4. Membuat jiwa jadi tenang
Kesunyiaan di waktu pagi, ketenangan dalam berdoa amat mudah dilafazkan. Memohon dibukakan
pintu rezeki dan dipermudahkanya.
5. Menghilangkan Stress
Selain itu, solat dhuha mahupun solat yang lainnya akan membantu umat islam untuk
mendapat ketenangan batin sehingga terhindar dari stress. Stress sendiri merupakan salah satu
hal yang sangat menggangu dan menimbulkan pelbagai penyakit.
Air wudhu sebenarnya boleh memberikan tenangan bila dilaksanakan.
6. Kebersihan Wajah
Solat bermanfaat untuk kecantikan yang mana saat berwudhu wajah akan dibasuh dengan air bersih
sehingga kulit juga akan selalu terjaga kebersihannya.
7. Wajah Berseri
Solat dhuha dan solat 5 waktu tentu saja kecantikan akan terpancar secara alami dengan sendirinya
sehingga setelah berwudhu serta menjalankan solat terpancar keceriaan diwajah seseorang.
"Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat nanti dalam keadaan dahi, kedua tangan
dan kaki mereka bercahaya, kerana bekas wudhu," (HR. A.Bukhari ayat 136 & Muslim ayat 246)
8. Membuka Pintu Rezeki
"Sesungguhnya waktu dhuhamu cahayamu, keindahanmu, kekuatanmu dan kekuasaan Ya Allah
Sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya
jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhamu,
cahayamu, kekuatanmu dan kesucianmu kepada hamba-hambamu beriman".
Tipsurirumahtangga
HayatiAbdMohid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment