Wednesday, September 7, 2016

Gadget atau Aktiviti Luar Untuk Kanak-Kanak

Gadget atau Aktiviti Luar Untuk Kanak-Kanak

Teks : HayatiAbdMohid


Gadget adalah alat perhubungan yang kian popular pada saat ini. Alat ini bukan golongan muda sahaja meminatinya tetapi golongan kanak-kanak juga tidak terlepas menggunakannya. 
Keadaan ini amat sukar bila ibubapa hendak menghalang kanak-kanak atas 6bulan terlepas dari menyaksikan kartun melalui saluran YOUTUBE.

Dalam teknologi canggih, aktiviti luar kanak-kanak sangat tipis dibandingkan kanak-kanak seusia mereka bermain di luar rumah bersama rakan mereka. Kanak-kanak sekarang lebih terjuru pada mengadap gadget yang begitu lama sampai adakalanya boleh melayan YOUTUBE sehingga masa 5jam. Bayangkan masa yang terlalu panjang untuk fokus kepada pancaran skrin handphone yang begitu lama. Mata mereka akan menjadi kurang rehat dan masa rehat kanak-kanak jadi terbantut. Ditambah lagi kadang-kala alat ini sentiasa berada ditangan mereka tidak kira tempat dan masa untuk dijadikan bahan tontonan mereka supaya menjadi leka sebelum tidur.

Untuk mengelakkan keadaan menjadi leka, kita sebagai ibubapa hendaklah memikirkan aktiviti yang menyeronokkan untuk menarik minat mereka dalam aktiviti luar. Antara aktiviti yang selalu saya lakukan kepada anak saya seperti berikut :-

  • Luangkan masa iaitu jam 5.30petang membawa mereka ke taman permainan atau stadium untuk beriadah
  • Menyediakan ruang dan peralatan mainan LEGO dan Khemah yang membolehkan mereka bermain seperti memasak, merawat pesakit dan sebagainya
  • Sekali sekala dalam 2bulan kita rancangkan aktiviti berkelah di tepi pantai. Aktiviti amat bagus untuk minda kanak-kanak bermain pasir laut dalam mereka bentuk seperti istana, kolam renang, menulis di atas pasir dan sebagainya
  • Aktiviti yang perlu kami tekankan ia mengajar anak kami belajar teknik mendaki bukit..ikutkan aktiviti memang berbahaya dan memenatkan untuk tahap kanak-kanak tetapi kecergasan minda mereka lebih berkembang. Akan dikongsikan diruangan catatan harian nanti.
  • Main jual-jual ditempat orang ramai juga salah satu teknik kanak-kanak belajar memberanikan diri dalam menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan.






No comments:

Post a Comment