Monday, August 1, 2016

Kreativiti Anak-Anak

Kreativiti Anak-anak

Teks : hayatiabdmohid


Anak kita adalah anugerah yang diberi oleh kita dalam pelbagai rupa paras, kepintaran, jantina dan lain-lain. Semasa kecil perwatakkan mereka sangat sukar ditafsir kerana perwatakkan anak-anak telah bercampur dengan kelakuaan kita sesebagai ibubapa sewaktu seusia mereka. Bila ditenung dan difikir kadang-kadang aktiviti yang mereka buat ada sama dengan kita bermain diwaktu kecil. Cuma situasi dan keadaan sahaja berlainan sedikit. Kalau dulu kita main "pondok-pondok dan sorok sorok" orang dulu kata.

Waktu itu, kita akan bermain dibawah pohon-pohon yang redup, pokok rambutan dan pasir di tepi pantai. Tempat ini penting, maklumlah kalau dibawah pohon rambutan kalau ada buah boleh dijadikan bahan untuk main masak-masak manakala daun dan ranting dijadikan konon sebagai bahan api..hihiii batu pula dibuat benteng konon ada tembok ditepi keliling rumah. Lain pulak kalau main dibawah pohon redup dan tepi pantai kita akan suka main kahwin-kahwin kalau ada pasangan di dalam kumpulan tersebut..kalau diingat balik memang sungguh seronok dan perhubungan persahabatan begitu rapat. Macam cerita Upin-Ipin banyak mengingatkan kita kehidupan kita masa dahulu.

Lain pulak dengan anak-anak kita, kreativiti mereka perlu dibuat di dalam rumah. Kawan sepermaian dia adalah adik-beradik dia sendiri. Kadang adik akan menjadi bahan uji kaji untuk si kakak..maklumlah si kakak sudah besar dan mempunyai akal..yang adik akan ikut sahaja kemahuaan si kakak.

Sebagai ibu surirumahtangga, saya lebih suka membiarkan si kakak dan si adik bermain suka hati mereka asalkan jangan memberi mainan tajam dan berbahaya kepada mereka.
Si kakak bila tidak mahu tidur ada sahaja idea dia akan cuba buat walaupun kadang-kadang kita ibubapa tidak pernah terfikir nak mereka barang terbuang dijadikan bahan mainan dia. Kebebasan sangat penting diberikan kepada anak-anak kita supaya minda dia berfikir.



Hari ini si kakak telah memberikan ibu idea untuk menulis setelah sekian lama tidak updated blog..Keluar dari bilik setelah tidurkan adiknya..sebuah rumah pondok yang kecil di dalam rumah telah terbina dengan begitu cantik walaupun bila dilihat hanya biasa sahaja. Tetapi bagi sebagai ibu rasa bangga dan seronok si kakak memang suka membuat aktiviti sendiri walaupun dia mereka hanya dirinya sahaja tanpa meminta tolong sesiapa.

No comments:

Post a Comment