Wednesday, October 25, 2023

Marrybrown: Chicken Crispy ala Marrybrown bersama Bubur

Sejak berpindah ke Manjung. Restoran Marrybrown memang susah nak jumpa..jika ada pun paling terdekat di dalam Pangkalan TLDM dan Ipoh Prade

Untuk masuk ke dalam Pangkalan TLDM memang susah bagi kami untuk masuk memang agak sukar sebab tiada kenalan duduk disitu. Ipoh Parade pula mengambil masa 2jam untuk ke sana

Bila anak-anak suka makan dan sukar dicari memang ibu-ibu kenalah mencari jalan untuk menghasilkan resepi seakan Chicken Crispy ala Marrybrown

Saya cuba mencari dihalaman google. Dalam carian tersebut ada perkongsian Youtuber Che Nom kongsikan resepi ini

Jadi saya tiru sedikit demi sedikit teknik yang dikongsikan..cuma anak-anak suka pedas-pedas saya gunakan tepung bestari pedas


Resepi

Chicken Crispy ala Marrybrown bersama bubur

Hidangan 2orang 

Bahan:-

Ayam bahagian chicken chop

Tepung jagung

Tepung Bestari Pedas

Salt Garlic

Telur

Breadcrumbs putih

Air

Cara :-

Bersihkan bahagian ayam Chicken chop

Perapkan ayam dengan salt garlic dalam 30minit atau lebih (lama perap lagi sedap)

Salutkan dengan tepung jagung

kemudian lapiskan dengan telur

Sekejap sahaja celupkan dalam air

Salutkan kali ke-2 dengan Tepung Bestari Pedas

Panas api dan goreng






No comments:

Post a Comment