Wednesday, October 9, 2024

Masak Ayam Hitam/ Kicap

Semanis_Memori 


Ayam Masak Hitam



Bahan kisar

Bawang Merah

Bawang Putih

Serai

Cili Padi 

Halia


Bahan tambahan

Kicap Manis

Sos tiram

Lada hitam

 

Ayam

Kunyit 

Garam


Cara

Kisar halus semua bahan kisar

Goreng Ayam dulu dengan kunyit dan garam

Tumis bahan kisar menggunakan minyak ayam tadi

sehingga naik bau

Masukkan daun kari , kicap manis, sos tiiramdan lada hitam

Jika rasa kurang rasa boleh tambah kuib dan garam 







#masakayam #menusimple #ayammasakkicap #menuringkas #masakapaharini 

Saturday, August 10, 2024

Sambal Kerang Goreng

 Ingat tak video saya frozen kan kerang..

kali ini saya nak tunjukkan kerang yang di frozen dijadikan sambal kerang


Bahan

Kerang 

Cili kering

Bawang Merah

Bawang Putih

Kentang

Garam

Gula

Perasa (jika perlu)


cara ada di dalam video..


#sambalkerang #semanis_memori #kerang #menuapahariini #menusimple #highlight




Manggo Lassi

 Rezeki..hasil tanaman jiran kami tanam pokok mangga..

buahnya manis jadi saya jadikan air manggo lassi..teringat air sebegini di kedai Nasi Arab Putrajaya


Resepi

2 biji mangga

1 sudu besar yogurt asli/mangga

1 cawan susu full krim

1 suduu besar susu pekat


kisar kesemua bahan..hidangkan dengan ais batu


#manggolassi #semanis_memori #menusimple #minumanbuah





Pokok Pisang Nangka Tanam Sendiri

Sarapan pagi hari ini buat pisang goreng hasil tanam sendiri di belakang rumah

.

.

Resepi Tepung

Tepung Beras

Garam


Alhamdulillah dapat nikmati pisang nangka 


#kebunkecil #menusimple #pisanggoreng #semanis_memori 





Saturday, June 22, 2024

Apam Nasi inti Blueberry

Bila ada lebihan nasi semalam janganlah kita buang..sayangkan..

Cuba kita olahnya menjadi menu kuih yang boleh anak-anak kita suka makan..

Kali ini saya buat Apam Nasi inti Blueberry 

Bila ada inti anak-anak boleh jatuh cinta mencuba makan kuih-kuih lama seperti ini..

Jom saya kongsikan cara membuatnya

Menu petang hari ini

Percubaan letak inti alhamdulillah menjadi kejadian apam nasi..jom saya tulis resepi dibawah

Kuih Apam Nasi Blueberry 🫐 

Hidangan - 20 acuan

1 cawan nasi semalam

1 1/2 cawan Tepung beras

1/2 cawan Tepung gandum

3/4 cawan Gula Halus

1 Sdb minyak masak

1 pek yis

Air ikut keperluan adunan

Inti blueberry readymade 


Cara 

Blend nasi semalam bersama air sehingga halus

Masukkan gula halus, tepung dan yis

Perap adunan anggaran 45-60minit terpulang kepada adunan kita dan cuaca ye dikawasan masing-masing

Bila dah kembang adunan bahagikan adunan kepada 1 warna

Letak minyak sikit pada acuan

Siap di isi dalam acuan 

Kukus dalam 15-20minit

Tips setiap kali nak masukkan adunan dalam acuan perlu dikacau adunannya..untuk bagi ianya sentiasa sebati

Selamat mencuba

#apamnasi #menuviral #menuringkas #resepiharian #resepimudah #kuihmuihmelayu


Mula nasi semalam kita kisar halus


Apabila nasi sudah menjadi halus bolehlah masukkan tepung, gula halus dan yis kisar bersama


Adunan ini perap dahulu selama 45-60minit mengikut leadaan cuaca dikawasan rumah kalian
Selepas itu, boleh letakkan pewarna yang kita suka


Sapukan minyak di dalam acuan yang kita suka


Saya sediakan 2 jenis warna merah jambu dan hijau..manakala adunan putih saya tinggal sikit untuk bahagian atasnya nanti

Bahagian bawah - 2 senduk merah jambu (seperti dalam gambar)
Bahagian tengah - inti Blueberry 
Bahagian atas - 2 senduk warna putih
Hiasan boleh letak warna hijau sedikit di atas sekali



Selepas kukus dan keluar dari acuan..ini bahagian bawah sekali rupanya..jangan risau inti tidak akan meleleh keluar 

Ini hasil apam nasi bila sudah masak

Selamat mencuba dan video boleh dilihat di ruangan dibbawah

Facebook - hayatimohid
Tiktok - semanis_memori
https://vt.tiktok.com/ZSY5wFrk2/

















Monday, May 6, 2024

Minuman Segar : Coconut Shake

cuaca sejak sebelum puasa dan sekarang panas lain sangat di tempat kami..

Sini mudah sikit nak dapat air kelapa jadi kita olah sikit jadikan air coconut shake

Resepi ada dalam video ye..selamat menonton sampai habis

#coconutshake #aircoconutshake #masakapaharini #minumansegar #masakcarasaya #icecreamvanilla #malaysiafood




Tuesday, April 30, 2024

Resepi : Gulai Ikan Tongkol

Menu ini pertama kali saya cuba..tercetus idea nak cuba resepi ini bila terpapar seorang user di lemon8 berkongsikan menu yang mudah tetapi membuatkan bertambah nasi

Tertarik dengan katanya jadi kebetulan ikan tongkol ada seekor tak tahu nak masak apa kita cuba resepi ini..di bawah saya kongsikan resepi dan cara buat ada dalam video

Bahan

Ikan tongkol

Santan

Timun

Kacang Panjang 

Asam keping 

Garam

Bahan kisar

Halia, lengkuas, cili kering, kunyit, bawang merah dan bawang putih

Tiktok : Semanis_Memori